
Dilahirkan pada Jumaat, 09hb Ogos 1963 di Melaka. Memulakan alam persekolahan menengah di Sekolah Datuk Abdul Razak dari tahun 1976 sehingga 1980. Graduan dari Universiti Pertanian Malaysia pada tahun 1984 dan kini sedang berkhidmat di Jabatan Pertanian Serdang, Selangor.
Penglibatkan penulis dengan kegiatan mendaki ini bermula di Gunung Ledang, Johor. Selepas itu ianya telah menjadi hobi utama di mana hampir setiap bulan beliau memburu puncak untuk ditakluki. Sehingga kini beliau berjaya mendaki lebih dari 50 puncak, kebanyakkannya diulangi lagi malah ada di antaranya sehingga melebihi 10 kali.
Bapa kepada 6 cahayamata, lima lelaki dan seorang perempuan ini juga turut membawa dua dari anak remaja beliau mendaki, disamping isteri beliau yang turut berkongsi hobi yang sama.
Beliau bukan saja mendaki malahan juga mengendalikan pakej pendakian dalam negeri termasuk ke Sabah. Di antara pakej yang banyak mendapat sambutan adalah pakej pendakian Gunung Kinabalu. Beliau pernah mengikuti trip pendakian ke Everest Base Camp dan Gunung Kalapathar, Nepal. Malah itu juga merupakan kenangan paling manis dalam dunia pendakian beliau.
Pada tahun 2005, beliau mula menjinakkan diri dalam dunia penulisan. Sumbangan pertama beliau dimuatkan diruangan akhbar Utusan Malaysia di bawah ruangan rekreasi. Selepas itu sumbangan demi sumbangan dipaparkan diruangan rekreasi akhbar KOSMO dan juga Majalah Libur.
Minat beliau terhadap fotografi juga banyak dimanfaatkan ketika menyertai program pendakian. Banyak foto alam semulajadi dan potrait yang telah diabadikan. Kecenderungan beliau itu telah mencetuskan keinginan untuk menggabungkannya ke dalam dunia penulisan. Sehingga kini lebih dari 60 artikel mengenai program pendakian beliau telah tersiar termasuk juga artikel umum.
Akhirnya, atas usaha untuk mengumpulkan kesemua koleksi yang pernah tersiar di akhbar atau majalah dan juga sebagai kenangan peribadi maka wujudlah blog ini dari hasil tulisan yang mencoretkan kenangan pahit manis dalam aktiviti pendakian dan juga jurnal perjalanan beliau.
Khusus kepada pembaca yang budiman, terimakasih atas sokongan dan kesudian melayari dan terus mengikuti perkembangan terkini dari blog ini. Diharap saudara dan saudari tidak keberatan untuk menurunkan catatan atau komen yang boleh kami jadikan panduan memperkemaskan lagi blog ini. Sekian, terima kasih.
Salam Hormat,
Meja Pengarang
(Ö¿Ö)aYen said,
June 29, 2008 at 8:51 am
Assalamualikum,
Tahniah aBg Rosmal @ deep purple iteww…
Usaha yg baik dan memang di nantikan oleh para pendaki macam saya nih……haha
Al maklum lah kengkadang tu tak berkesempatan nak beli kosmo atau majalah libur sebab sibuk kuwar masuk utan….cewah hehe
Dengan wujudnyer blog phototrek online merangkumi log pendakian serta xtvt rekriasi nih dapat lah juga di manfaatkan oleh semua lapisan dan jenerasi…tahniah dan terima kasih.
“Love & Peace”
(ä¿ä)
aYen
http://arenayen.multiply.com
+60122885207
fadhlilwafi said,
August 8, 2008 at 9:13 pm
a great biography about yourself,read what u wrote in kosmo and libur
and i started to have interest in photography hope u can teach me when u have free time
eija said,
January 13, 2009 at 3:43 pm
salamualaikum..
bang, sy dgn my fren, girl jugak, nak tanya, utk chinese new year ni ada aktiviti tak??nak join la…
rozaimi isahak said,
February 5, 2009 at 5:06 pm
Tahniah Bro Rosmal…
dah banyak gunung berjaya didaki…
banyak juga tip2 saya dapat dari pembacaan kat blog ni…
maklum la org baru mesti nak cari pengalaman dari org2 lama..
walau pun x selalu mendaki tp dpt baca cerita org lain pun ok gak..
harap satu hari nanti saya boleh join Bro Rosmal dengan XPDC akan datang…
wasalam…
bahariah baharudin said,
February 20, 2009 at 4:46 pm
well done. great photo.. wish i was there… next time…
madz38 said,
May 19, 2009 at 4:17 am
Tuan Rosmal, thank you for your help and replies to my sms. I still haven’t got my trip to Gunung Belumut confirmed yet. Anyway, I got some other contacts that I can call to arrange for the trip. Most importantly, I want to know how to go there from KL and where to stay!
cikgutaufik said,
July 27, 2009 at 11:13 am
Tahniah,
Bahan yang anda muatkan juga sangat bermanafaat kepada pelajar di sekolah.
Saya telah menggunakan bahan-bahan bergambar untuk tujuan pengajaran geografi tingkatan 1 untuk mengenali jenis-jenis hutan di Malaysia.
Terima kasih
rosmal shariff said,
August 14, 2009 at 8:20 am
Salam, Terima kasih atas minat & sokongan yg diberikan… ROSMAL SHARIFF
shahrul said,
August 7, 2009 at 12:37 pm
salam alaik abang rosmal.
saya mencari maklumat berkenaan gunung belumut untuk thesis saya.
terjumpa blog abang.
menarik!
ada join mana-mana persatuan mendaki ke?
saya memang berminat.
cuma tidak ada kesempatan dan tidak tahu mana nak join.
shahrul.
ukm bangi.
rosmal shariff said,
August 14, 2009 at 8:18 am
Salam, Maaf banyak2 sbb lambat respond. Lately busy sangat… Sy sebenarnya pendaki bebas (feelance), malas nk join mana2 group takut x leh nk beri commitment. Namun once a while sy ada gk join trip club yg dh establish spt OGKL. Boleh x btau sy maklumat apa yg diperlukan utk thesis, malah tau sy boleh tolong2. The time sy trek ke G Belemut was early last year. Okey, kalu ada apa2 lagi don’t hesitate to get in touch ROSMAL SHARIFF
shahrul said,
August 15, 2009 at 10:53 pm
salam.
tidak mengapa.
saya pun busy.
baru je balik dari xpdc saintifik gunung belumut 10-14hb ogos.
alhamdulillah.
dapat jua saya ke gunung belumut.
tapi sedihnya tak dapat daki ke puncak.
huhuhu.
maklumat yang saya perlukan ialah peta topografi gunung belumut.
serta maklumat geografi berkenaan kawasan berkenaan.
harap abang rosmal dapat membantu.
sekian.
shahrul.
che leey said,
October 21, 2009 at 11:55 am
Abg semoga cepat sembuh nanti kita treking sesama lagi
rosmal shariff said,
November 6, 2009 at 3:11 pm
tima kacih byk2